REBUT PELUANG BINA SURAU AR-RIJAL, NIKMATI MANFAATNYA DI AKHIRAT!

RAYUAN SUMBANGAN : PROJEK PEMBANGUNAN SURAU AR-RIJAL, TAMAN MERBAU JAYA RM1.2 JUTA


SEBERANG PERAI UTARA - Sebuah surau bakal dibina di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua dekat sini mampu memberi manfaatkan lebih 1,200 penduduk dan orang sekeliling.



Ilustrasi Surau Ar - Rijal, Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, Pulau Pinang yang bakal dibina dan memanfatkan penduduk serta orang ramai.


Lokasi pembinaan dan pembangunan Surau Ar-Rijal yang strategik dan terletak di pinggir jalan utama juga mampu memberi manfaat kepada musafir dan orang ramai untuk dijadikan tempat persinggahan solat dan menggunakan fasiliti yang disediakan di sini.


Malah, pembinaan surau yang telah lama dinantikan penduduk kawasan perumahan ini juga adalah untuk memudahkan mereka dan orang ramai :

  • Pengajian kitab/al-Quran
  • Kelas agama
  • Kuliah agama
  • Kenduri-kendara
  • Mesyuarat
  • Sambutan hari-hari penting orang Islam
  • Solat jenazah
  • Solat jemaah




Justeru, orang ramai dirayu untuk bersama mengambil peluang menyalurkan sumbangan untuk mencukupkan dana pembinaan Surau Ar-Rijal yang dianggarkan menelan kos RM1.2 juta bagi memudahkan kira-kira 500 penduduk di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua melakukan ibadah kepada Allah.




Setakat hari ini, projek pembinaan Surau Ar-Rijal ini telah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang dan pecah tanah tapak surau juga telah dilancarkan.  


Ketiadaan surau telah menyebabkan urusan ibadah yang lebih afdal dan dituntut dalam Islam seperti sembahyang berjemaah mengalami sedikit kesukaran apabila perlu ke surau taman bersebelahan atau masjid yang berdekatan.


Malah aktiviti untuk menghimpunkan masyarakat Islam dalam komuniti yang lebih kecil dan menyeluruh di kawasan ini juga sukar dilaksanakan. 


Di dalam Islam surau atau masjid adalah sebuah tempat penting untuk menyatukan umat, menyebarkan dakwah, pendidikan dan penggerak pembangunan masyarakat setempat.


Ayuh marilah bersama penduduk Taman Merbau Jaya, Sungai Dua di sini mencari keredaan Allah dengan membantu membina rumah untuk-NYA iaitu Surau Ar-Rijal di sini. Untuk penduduk beribadah dan mengutip pahala.


Ingatlah sesungguhnya sedekah yang kita berikan akan dihitung oleh Allah walaupun hanya sebongkah bata, atau sepucuk paku untuk melengkapkan pembinaan sebuah surau.



"Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga."- (HR al-Bukhari )



Gambar Pengesahan :




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Pengerusi

Saifulbahri  bin Pabillah

 0164811520

Setiausaha 

Mohd Zamri Salleh

0135227534







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
DANA PEMBANGUNAN SURAU-1-RM1000
DANA PEMBANGUNAN SURAU-2-RM500
DANA PEMBANGUNAN SURAU-3-RM100
DANA PEMBANGUNAN SURAU-4-RM75
DANA PEMBANGUNAN SURAU-5-RM50
DANA PEMBANGUNAN SURAU-6-RM30
DANA PEMBANGUNAN SURAU-9-RM20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN